Monday 21 February 2011

Rindu Pada Teman

Di mana teman?.. Di mana kawan?..
Saya rindukan beberapa teman-teman seperjuangan, tambah lagi setelah berkeluarga, masa terluang sangat terhad.. Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan dengan teman-teman..

Masa berlalu, kenangan semakin ditelan zaman.. Ya Allah, kekalkan ingatanku pada memori bersama teman sejatiku..

Akhma Adlin - Teman semasa susah dan senang.. semoga Akhma berjaya dan menjadi muslimah terbaik..

Soh Ai Lee - Rakan sekerja yang pernah sehati sejiwa.. sentiasa membantu tatkala hati resah mengejar masa dalam menyiapkan tugasan.

Laila - Kawan baik menjadi tempat mencurah rasa.. sangat cantik paras rupa juga budi pekertinya.

Elizabeth matthews - Saya rindukan dia... saya sangat rindukan dia.. Dia kawan yang baik.. terlalu baik sebenarnya.

Yew Seok Lin - Senior dan kakak terbaikku..

Alice - Seorang Insan yang paling penyabar dan suka menolong orang lain..

Suzana Aida - Rakan sekerja. Setiap hari makan bersama..

Terlalu banyak nama yang ingin kusebutkan di sini.. ntahla.. aku rindu kawan2 semuanya...

Tuesday 18 May 2010

Sawang ! Sawang! Cuci Sawang

Entry Lama - Cucian Pertama
Nampaknya, cita-cintan saya nak sentiasa meng'update' blog ni tak tercapai jua. Masa berlalu terlalu pantas rasanya. Umur baby Madihah pun dah mencecah 8 bulan pada 27 hb ni. Terlalu banyak yang ingin saya rekodkan sebenarnya. Tapi entahla, kadang-kadang terucap dek lidah, tak tertulis di kalam.

Jumaat petang 2 minggu lepas, mak menangis sebak kerana demam yang tak kebah,anak-anak pula jauh dari sisi. Saya, Hubby dan Nur Madihah bergegas ke Utara. Kami ambik mak bawak ke KL. Dari Kampung terus ke Shah Alam, rumah abang. Kesedihan mak akhirnya terubat dengan sambutan hari ibu untuk mak, saya dan kakak. Mak happy sangat nampaknya hari tu. Letih 7 jam perjalanan dari Alor Setar ke Shah Alam, hilang dengan tiupan lilin atas sebiji kek sederhana pemberian anak-anak.

Jumaat lepas, ambik mak ke rumah saya pula. Hari Sabtu, Hubby pula demam kerana tonsilitis. Hari ahad, saya pula demam. Saya minta mak peluk walaupun sudah berselimut tebal. Kasih ibu membuatkan saya rasa lega, tenang dan nyaman.

Mak, terima kasih atas kasih sayang dan perhatian selama ini. Jasa mak tak mampu saya balas. Semoga Allah merahmati mak sepanjang perjalanan di alam fana ini.

Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu. Kasih ibu tak dapat diungkapkan dengan kata-kata, sayang ibu tak mampu di tulis dengan pena, cinta ibu pada seorang anak melebihi segala.

Tuesday 1 September 2009

Hadiah Besday ke 28

Tahun ni banyak betul saya dapat hadiah dari hubby tercinta.Pemurah betul lah hubby tahun ni. Mungkin juga bila dia tengok keadaan saya yang tengah sarat membawa baby, zuriatnya yang sulung. Apapun.. terasa syukur sangat2.. rezeki murah tahun ni.

Hadiah pertama Handphone Nokia E71.. Bukan main happy lagi bila dapat suprise handphone tu.. almaklumlah, handphone Nokia N71 saya tu dah nak kiok dah. Saya dapat hadiah ni beberapa bulan sebelum besday.

Hadiah kedua, dapat kelas membuat roti dengan kak Aida di Kajang. Rupanya hubby berpakat dengan sis Nuni untuk suprise kan saya dengan kelas roti ni. Memang dah lama nengok kelas2 cenggini, tapi al maklumla, kurang mampu nak membayar harga yurannya. Puas hati betul dengan kelas tu.. Banyak yang saya belajar, siap dapat banyak resepi plak tu. Bila abih kelas, kak Aida ada offer breadmaker jenawa Noxxa dari Amway, harga dalam RM800 lebih.. boleh bayar ansur2. Terliur juga lah, tapi memandangkan saya tak mampu nak kuar duit sendiri, terpaksala dilupakan saja...
Tapi Sis Nuni ckp dia akan tolong lobbykan kat hubby minta dia belikan saya breadmaker tu.. hehhehehehhe... manalah tahu, terbuka hati hubby yang tercinta ittew..

Hadiah seterusnya, gelang dan rantai kristal.. yang cunz melecunz.. dari blink2lady.blogspot.com. Anyway, memang dah terbekenan dari dulu, tapi tak mo la membazir beli perhiasan sbb mungkin tahun ni terpaksa beraya kat atas katil jek. Mungkin rezeki tahun ni memang murah betul, hubby offer nak bayarkan... Alhamdulillah.. pucuk dicita ulam mendatang.

Hadiah lagi dapat selepas besday, dapat BREADMAKER idaman kalbu. Horraaayyy!!!!...
Malam tu, bila terpandang breadmaker kat dapur, rasa sebak sgt. Saya dah hilang kata2.. saya tak tahu macm mana nak berterima kasih dengan hubby.. Rasanya mcm tak cukup dengan ucapansaja. Syukur ke hadrat Ilahi... Alhamdulillah...

Saya tak tahu nak cakap macam mana, tapi banyak betul yang hubby bagi tahun ni. Susah bawak baby,sebenarnya dah hilang dengan pelukan kasih sayang tiap pagi dan petang. Cinta yang hubby tunjukkan dan penghargaan yang diberikan sebenarnya terlalu bernilai dari segalanya. Hanya satu yang hubby minta, dia mahu saya jaga diri dan baby elok2.. itu aje.

Update

Ntah la kenapa, saya memang tak ada mood nak berblogging... tapi terasa rugi tak mencatat apa2 buat kenangan dan rujukan di lain hari.

Jadi, mulai hari ini saya nak aktif meng"update" blog yang dah bersawang ni. Kalau diikutkan, saya start blogging dari 2 tahun lepas, tapi semuanya saya dah delete.. atas sebab2 tertentu. Terutamanya apabila kitaran hidup sampai ke tahap tertentu dan menuntut saya melupakan perkara2 yang lepas dan buka kisah baru.

Hidup kini lebih baik, kehadiran si kecil yang bakal melihat dunia tak lama lagi semakin terasa. Si Ayah sayang makin sibuk akhir2 ini, tapi tanggungjawab pada saya dan baby ditunaikan dengan sepenuh hati.. Alhamdulillah..

Semoga kisah saya dan si Ayah akan terus berkekalan hingga ke hujung nyawa... dan diserikan lagi dengan kehadiran anak2... Ammiinn.

Tuesday 26 May 2009

Buka Tutup

Blog ini hanyalah medium untuk aku mengumpulkan bahan bacaan sebagai peringatan buat diri sendiri dan juga sesiapa saja yang sudi membaca.