Tuesday, 18 May 2010

Sawang ! Sawang! Cuci Sawang

Entry Lama - Cucian Pertama
Nampaknya, cita-cintan saya nak sentiasa meng'update' blog ni tak tercapai jua. Masa berlalu terlalu pantas rasanya. Umur baby Madihah pun dah mencecah 8 bulan pada 27 hb ni. Terlalu banyak yang ingin saya rekodkan sebenarnya. Tapi entahla, kadang-kadang terucap dek lidah, tak tertulis di kalam.

Jumaat petang 2 minggu lepas, mak menangis sebak kerana demam yang tak kebah,anak-anak pula jauh dari sisi. Saya, Hubby dan Nur Madihah bergegas ke Utara. Kami ambik mak bawak ke KL. Dari Kampung terus ke Shah Alam, rumah abang. Kesedihan mak akhirnya terubat dengan sambutan hari ibu untuk mak, saya dan kakak. Mak happy sangat nampaknya hari tu. Letih 7 jam perjalanan dari Alor Setar ke Shah Alam, hilang dengan tiupan lilin atas sebiji kek sederhana pemberian anak-anak.

Jumaat lepas, ambik mak ke rumah saya pula. Hari Sabtu, Hubby pula demam kerana tonsilitis. Hari ahad, saya pula demam. Saya minta mak peluk walaupun sudah berselimut tebal. Kasih ibu membuatkan saya rasa lega, tenang dan nyaman.

Mak, terima kasih atas kasih sayang dan perhatian selama ini. Jasa mak tak mampu saya balas. Semoga Allah merahmati mak sepanjang perjalanan di alam fana ini.

Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu. Kasih ibu tak dapat diungkapkan dengan kata-kata, sayang ibu tak mampu di tulis dengan pena, cinta ibu pada seorang anak melebihi segala.

No comments:

Post a Comment